Hotel Review : Alunan Resort Pulau Perhentian

Assalamualaikum, hi guys!

Us..dah nak balik dah

So ini review Alunan Resort Pulau Perhentian
Lokasi di Pulau Perhentian Kecil
Dan paling hujung bawah sekali
Access ke longbeach melalui bot
Tapi kalau rasa aktif dan fit, bolehlah jungle trekking
Which is kami tak buat sebab x cukup masa dan x larat!

Petang selepas balik snorkeling terus kemas2 barang di dalam khemah dan check out!
Tazabar weh nak masuk resort pulak
Harga 1 malam untuk 2 orang ni RM350++ ada lah tax etc kena bayar extra
Rasa macam investment pun ada haha
Very quiet, sesuai sangat untuk yang nak berhoneymoon, nak tenangkan fikiran
Kami bercuti selepas setup rumah sewa kedua dalam tahun yang sama
Ya sangat letih sebab kami buat semuanya laki bini je
Dari cat, cuci rumah, pasang barang2, ikat perut beli rumah sama2 kihkihkih XD
So reward diri dan pasangan kan
Jalan2 pulak
Tapi doakan kami dapat beli rumah lagi next!


dari pintu entrance
safe box, kettle, snacks, coffee, tea
dah siap gantung baju basah lepas snorkeling

Btw hotel sediakan towels, beach towels, bathrobes
Masa check in, dapat ginger shots
Sedap..pedas, refreshing

yea check in resort pakai swimming suit
sabun dia wangi jugak
shower..bekal sabun dan shampoo
toilet..tak bagitau pun dah tau kan?
bekal kami
Ahaaa nasib baik bawak bekal
Lapar gila lepas snorkeling
free upgrade bilik queen + single..harga latest check RM700~ 
Tapi sayang xda yang duduk katil tu haha

tv dan aircond
dinner
malam..romantik sangat!
tangga dari bilik2 ke cafe, turun sikit lagi receptionist
ada bar kat situ
akhirnya dapat nasi

Chicken tomyum + Seafood Green Curry
menu yang..bukanlah harga rakyat marhaen..tapi sekali sekala ok lah

balkoni bilik kami
Setiap bilik ada balkoni di tingkat atas
Kalut sangat kut, x banyak bergambar pun kat sini hmm
Tapi untuk yang berminat nak tengok room tour boleh tengok di Youtube i keyh

view dari meja makan

cereals, milk, coffee, tea
toast
cereal
yang 2 ni depa bagi pilihan untuk kita order

depan resort
ada yang berjemur
naik bot ke jeti Alunan
dekat jeti air cantik gila
Serious rasa menyesal pulak tak mandi kat pantai ni
Sebab air jernih sangat T_T
Next time la mai lain InsyaAllah

cantik tak case dari cousin i jual Qual Case
hepi dapat bercuti (dalam hati sedih dah nak balik)
see you again Alunan!

Overall resort ni best sangat!
Staff receptionist, staff cafe semua baik2 friendly
Should be la sebab harga dia..muahahahah
Anyway kat cafe boleh bayar pakai kad debit/kredit k
Kami dah kehabisan cash masa tu 
Nak amek duit pun duk dalam pulau kan xtau kat mana
So bayar pakai kad xda masalah
Untuk hotel ni i tak book thru Agoda macam selalu sebab time tu ada offer direct resort
Book dekat website resort terus
Pricey yes, quality yes, service yes
Puas hati lah so far
Baru ni i check bilik family tu dah RM700~ di Agoda
Rasa bersyukur jugak dapat check in masa harga RM350++
I rasa sbb time tu off season sebab tu murah
Kbai!

Day 2 : Snorkelling Pulau Perhentian

Assalamualaikum, good morning!
subhanAllah
depan campsite
selipar & seluar krabi
longbeach
pasni kita cari snow pulak eh

Harini bangun awal sebab nak ready untuk snorkelling
Firstly breakfast dulu di Awatif Cafe
Nasi putih ayam masak merah
Sedappp tak tipu
Dan x pedas, so xdalah perut nak meragam kan

makan dulu
dah bertukar
amek gambar dulu


jommm

Snorkelling ni ada 6 point,
1. Shark point
2. Turtle point
3. Fish point
4. Coral garden
5. Turtle beach
6. Kg Nelayan

kami 5 orang je
dan la dia buat peace

1 bot kami ada 5 orang, termasuk 3 orang mat saleh
Za syak depa ni yg berjemur depan khemah kami semalam

Cerita tak bestnya di Coral Garden
Ingat tak semalam kami tengok movie hantu air di Ombak Dive Resort?
So harini bermula la trauma nya
Boat guide tinggal kami di tengah laut untuk berenang ke pantai, dia tggu kt pantai
Za x reti berenang, kayuh2 sambil berpaut kt husb ja
Bila selam tengok bawah, masyaAllah..jadi takut tengok coral besar2 haha
Dah la kaki x sampai
Mat saleh tadi semua lepas terjun dah hilang ntah kat mana dah
Tinggal lah kami 2 orang di tengah2 laut
So gagah la kami berenang jugak
Bila sampai kat dasar berpasir putih tu..Allah leganya rasa
We made it
Kalau di Krabi dulu, boat tunggu di kawasan tu saja, so dah penat nanti, naik balik atas bot
Maybe sebab dia ingat kami semua boleh berenang kut..so dia tinggal T_T

Pastu singgah di Kg Nelayan untuk lunch
Harini hari jumaat, guide ke masjid untuk solat jumaat dulu
Kami pulak jamak zohor & asar
Air dekat jeti Kg Nelayan ni pun biru..cantik

jeti Kg Nelayan

Balik khemah, kemas2 barang
Checkout Awatif Campsite dan check in Alunan Resort pulak yeayy

modern i like

Untuk gambar dan details Alunan Resort Perhentian boleh klik sini

silap pulak maggi tu bawak 1 je

Lepas snorkelling mestilah letih kan, dah tu lapar pulak
Nak turun makan (read : bilik hotel atas bukit) baru petang
Jadi makanlah bekalan yang ada dulu...

awkwardnya
mango
Chicken tomyum + Seafood green curry 



Day 1 : Bercuti ke Pulau Perhentian dari Pulau Pinang

Assalamualaikum,

i see you

Pertengahan Mac 2018 haritu (dah nak masuk 2 tahun lepas! XD) (read : delayed post) kami bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Nak feeling ala Maldives tapi pitih tak banyak lagi, dalam negara pun okay pe!

Kami bercuti 3 hari 2 malam je tapi husb kena amek cuti extra hari sebab perjalanan ke Terengganu pun dah dekat setengah hari kalau dari Penang ni.

Hari first kami tidur dalam khemah di Awatif Campsite. Hari second feeling honeymoon tidur di Alunan Resort. Dua2 best seriously! 

Sebab bulan 3 ni baru lepas musim monsoon awal tahun haritu, ombak masih kuat lagi la. Tak berapa sesuai bawa budak bawah 3 tahun macam tu. Tapi kalau anak korg lasak ikutlah! Yang pasti ombak kuat kami pun terlambung2 dalam bot nak ke pulau tu. Budak2 belakang kami haritu seronok betui time bot terangkat2 tu. Za dengan husb pun menjerit2 jgk. Dalam takut kita layan ja ombak tu dulu sebelum sampai ke pulau.

Perjalanan bermula dari Penang ye. Kami naik kereta ke stesen KTM Bukit Tengah, pastu ambik Grab ke Stesen Bas Butterworth. Awat tak parking di Butterworth? Sebab selalu takdak parking dan of course kena bayar dan Butterworth jauh sikit kena drive huhu. Park dalam stesen keretapi freeee je. Anyway harga grab RM7.50 termasuk tol. Train Bukit Tengah ke Butterworth xdak time tu, lambat lagi huhu

tiket bas Butterworth - Kuala Besut

Sampai stesen bas tu memang on time. P kat bas dulu check nama lepastu solat isya sebab tadi kami bertolak dari rumah di Nibong Tebal lepas maghrib. Bas pukul 10, bas Mutiara kami naik. 

Lebih kurang pukul 530am kami pun sampai stesen bas Kuala Besut. Ramai jugak orang walaupun hari khamis. Kat situ ada tandas, 50sen ye.

toilet, walaupun xda orang jaga, bayar k

Pastu ada pakcik ni offer nak hantar ke jeti, RM5 sorg dia ambik. Husb za malas nak jalan so okay kami naik dgn pakcik tu. Dia tinggal kami kat surau depan jeti tu je.
Lepas solat subuh kami jalan2 nak cari breakfast. Pastu jumpa lagi pakcik tadi dia cakap nak bawak kami makan, free je kali ni.

letih sangat, memang x la nak jalan kaki
lauk2
lauk2
lauk2
nasi hujan panas sy
Boleh tahan kat kedai makan ni. Sedap jugak. Kedai depan sekolah. Tak ingat pulak sekolah apa

Settle makan, kami pun ke jeti balik

Dekat area jeti ada 7 Eleven. Eloklah beli roti, air mineral dan lain2 kat sini. Sebab kat pulau memang mahal!

jangan lupa beli bekalan makanan, semahal 7E, mahal lagi di pulau nanti
ada lukisan mural
bekal dia pringles
jeti pelancongan Kuala Besut

Sebelum naik bot, kena buat bayaran caj pemuliharaan Taman Laut Malaysia dulu di kaunter. Yang ini RM5 seorang.

tak pastilah 2020 harga dah naik ke tak

Bot kami x perlu bayar dah sebab ambil package dengan Awatif Campsite all in penginapan, tambang bot pergi balik dan juga snorkelling.

Okay dah sampai jeti Taman Laut Pulau Perhentian. Air birunya MasyaAllah

jeti taman laut Pulau Perhentian
nampak Pulau Perhentian Besar di sana
ni dekat jeti Pulau Perhentian Kecil, jernih kan

Kami berhenti di Pulau Perhentian Kecil. Campsite dekat longbeach..betul2 mengadap laut..fuh harap x terbang la khemah kami

Dah tengah hari kan, apa lagi mestilah lapar
Walaupun pagi tadi dah makan nasi lauk

Awatif Cafe

So za order Nasi Goreng Daging di Awatif Cafe. Husb order Nasi Goreng Ayam. Air milo ais 1 je. Jimat.

Nasi Goreng Ayam + Nasi Goreng Daging

Halamak mat saleh berjemur betul2 depan khemah kami pulak

khemah kami row paling depan, alhamdulillah

Rehat sat sementara nak tunggu petang

pemandangan dari khemah

Nak tengok gambar campsite ni dengan lebih details? klik sini
Hotel Review : Awatif Campsite Pulau Perhentian

Sebelah petang kita hiking ke tempat wajib Perhentian. Dengan selipar. Jalan tak rata macam ni. Better pakai sport shoes ok!

landai tapi..

Tara..dah sampai
Seriously tak dekat okay
Walaupun tak berapa nak curam tp letih jugakla sementara nak sampai
Cumanya bila dah sampai, dapat view macam ni, lupa dah penat2 mendaki tadi

we made it
Nak turun ikut tangga tu, tak berani la
Banyak berlubang2, dah rosak
Gov should repair this sebab memang ramai orang datang sini

Okay sebelah turun pulak, kami turun ikut jalan lain
Jalan jauh sikit dr jalan naik bukit tadi
Tetiba sampai Shari La Island Resort ni

Shari La Island Resort
Shari La Island Resort
Shari La Island Resort
Jalan lagi..dan kami jumpa Ombak Dive Resort pulak

Ombak Dive Resort
Ombak Dive Resort
Ombak Dive Resort
Ombak Dive Resort
Harga makanan, macam biasalah boleh gagah
Kami order air je 100plus dengan Coca Cola sebab haus gila weh
Tak bawa bekal air pun nk hiking tadi
Kat sini petang nak malam macam tu ada movie time
Okayla beli popcorn 1 untuk mengunyah sambil tengok movie
Cerita apa ntah, pasal hantu air! Haha gila betui esok dah la nak p snorkelling

menu
menu
haaa tengok movie kat sini
Malam, rehat2 di khemah je
Sebelum tu dinner dulu di Awatif Cafe
Nasi putih dengan tomyam
Pastu bolehla tidur
Btw di Awatif Campsite ni toilet sharing, surau pun sharing
Surau pondok je, open xda tertutup

Day 2 : Snorkelling Di Pulau Perhentian