Assalamualaikum,
|
i see you |
Pertengahan Mac 2018 haritu (dah nak masuk 2 tahun lepas! XD) (read : delayed post) kami bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Nak feeling ala Maldives tapi pitih tak banyak lagi, dalam negara pun okay pe!
Kami bercuti 3 hari 2 malam je tapi husb kena amek cuti extra hari sebab perjalanan ke Terengganu pun dah dekat setengah hari kalau dari Penang ni.
Hari first kami tidur dalam khemah di Awatif Campsite. Hari second feeling honeymoon tidur di Alunan Resort. Dua2 best seriously!
Sebab bulan 3 ni baru lepas musim monsoon awal tahun haritu, ombak masih kuat lagi la. Tak berapa sesuai bawa budak bawah 3 tahun macam tu. Tapi kalau anak korg lasak ikutlah! Yang pasti ombak kuat kami pun terlambung2 dalam bot nak ke pulau tu. Budak2 belakang kami haritu seronok betui time bot terangkat2 tu. Za dengan husb pun menjerit2 jgk. Dalam takut kita layan ja ombak tu dulu sebelum sampai ke pulau.
Perjalanan bermula dari Penang ye. Kami naik kereta ke stesen KTM Bukit Tengah, pastu ambik Grab ke Stesen Bas Butterworth. Awat tak parking di Butterworth? Sebab selalu takdak parking dan of course kena bayar dan Butterworth jauh sikit kena drive huhu. Park dalam stesen keretapi freeee je. Anyway harga grab RM7.50 termasuk tol. Train Bukit Tengah ke Butterworth xdak time tu, lambat lagi huhu
|
tiket bas Butterworth - Kuala Besut |
Sampai stesen bas tu memang on time. P kat bas dulu check nama lepastu solat isya sebab tadi kami bertolak dari rumah di Nibong Tebal lepas maghrib. Bas pukul 10, bas Mutiara kami naik.
Lebih kurang pukul 530am kami pun sampai stesen bas Kuala Besut. Ramai jugak orang walaupun hari khamis. Kat situ ada tandas, 50sen ye.
|
toilet, walaupun xda orang jaga, bayar k |
Pastu ada pakcik ni offer nak hantar ke jeti, RM5 sorg dia ambik. Husb za malas nak jalan so okay kami naik dgn pakcik tu. Dia tinggal kami kat surau depan jeti tu je.
Boleh tahan kat kedai makan ni. Sedap jugak. Kedai depan sekolah. Tak ingat pulak sekolah apa
Settle makan, kami pun ke jeti balik
Dekat area jeti ada 7 Eleven. Eloklah beli roti, air mineral dan lain2 kat sini. Sebab kat pulau memang mahal!
|
jangan lupa beli bekalan makanan, semahal 7E, mahal lagi di pulau nanti |
|
ada lukisan mural |
|
bekal dia pringles |
|
jeti pelancongan Kuala Besut |
Sebelum naik bot, kena buat bayaran caj pemuliharaan Taman Laut Malaysia dulu di kaunter. Yang ini RM5 seorang.
|
tak pastilah 2020 harga dah naik ke tak |
Bot kami x perlu bayar dah sebab ambil package dengan Awatif Campsite all in penginapan, tambang bot pergi balik dan juga snorkelling.
Okay dah sampai jeti Taman Laut Pulau Perhentian. Air birunya MasyaAllah
|
jeti taman laut Pulau Perhentian |
|
nampak Pulau Perhentian Besar di sana |
|
ni dekat jeti Pulau Perhentian Kecil, jernih kan |
Kami berhenti di Pulau Perhentian Kecil. Campsite dekat longbeach..betul2 mengadap laut..fuh harap x terbang la khemah kami
Dah tengah hari kan, apa lagi mestilah lapar
Walaupun pagi tadi dah makan nasi lauk
|
Awatif Cafe |
So za order Nasi Goreng Daging di Awatif Cafe. Husb order Nasi Goreng Ayam. Air milo ais 1 je. Jimat.
|
Nasi Goreng Ayam + Nasi Goreng Daging |
Halamak mat saleh berjemur betul2 depan khemah kami pulak
|
khemah kami row paling depan, alhamdulillah |
Rehat sat sementara nak tunggu petang
|
pemandangan dari khemah |
Nak tengok gambar campsite ni dengan lebih details? klik sini
Hotel Review : Awatif Campsite Pulau Perhentian
Sebelah petang kita hiking ke tempat wajib Perhentian. Dengan selipar. Jalan tak rata macam ni. Better pakai sport shoes ok!
|
landai tapi.. |
Tara..dah sampai
Seriously tak dekat okay
Walaupun tak berapa nak curam tp letih jugakla sementara nak sampai
Cumanya bila dah sampai, dapat view macam ni, lupa dah penat2 mendaki tadi
|
we made it |
Nak turun ikut tangga tu, tak berani la
Banyak berlubang2, dah rosak
Gov should repair this sebab memang ramai orang datang sini
Okay sebelah turun pulak, kami turun ikut jalan lain
Jalan jauh sikit dr jalan naik bukit tadi
Tetiba sampai Shari La Island Resort ni
|
Shari La Island Resort |
Jalan lagi..dan kami jumpa Ombak Dive Resort pulak
|
Ombak Dive Resort |
Harga makanan, macam biasalah boleh gagah
Kami order air je 100plus dengan Coca Cola sebab haus gila weh
Tak bawa bekal air pun nk hiking tadi
Kat sini petang nak malam macam tu ada movie time
Okayla beli popcorn 1 untuk mengunyah sambil tengok movie
Cerita apa ntah, pasal hantu air! Haha gila betui esok dah la nak p snorkelling
|
menu |
|
menu |
|
haaa tengok movie kat sini |
Malam, rehat2 di khemah je
Sebelum tu dinner dulu di Awatif Cafe
Nasi putih dengan tomyam
Pastu bolehla tidur
Btw di Awatif Campsite ni toilet sharing, surau pun sharing
0 comments:
Post a Comment