gigih.

aku adalah seorang yang selalu nakkan apa yang aku nak.tapi kadang2 aku akan fikir dua kali bila aku nak beli sesuatu yang sememangnya aku dah lama nak.kecuali baju.sebab anytime aku nampak baju yang aku bekenan,aku akan terus nak,which means takpayah tunggu lama2 berangan apa semua,terus beli.and this is BAD.hal ini demikian kerana,aku bukanlah dari golongan keluarga yang kaya raya.tapi keinginan aku selalu mengatasi segalanya.oleh itu,aku berjaya menjadi seorang yang gigih mencari sumber pendapatan sendiri sejak dari bangku sekolah,matrikulasi dan sekarang ingin memasuki alam universiti.namun,sumber pendapatan ku hanyalah cukup cukup makan untuk perbelanjaan misc things yang sebenarnya bukanlah keperluan seharian.jadi hal ini sentiasa dipersoalkan.tentang kenapa,mengapa dan bagaimana.aliran wang perniagaan kecil kecilanku tujui.sedangkan jika aku mengumpul wang sejak dahulu,nescaya hasilnya sudah beribus kerana itulah hakikatnya.tapi sekarang aku hanya makan gaji di sebuah restoran yang separa mewah walaupun gajiku tidaklah semewah service charge yang dikenakan ke atas pelanggan pelanggan restoran tersebut.jumlah sebenar akaun bank yang aku miliki pula amatlah tidak berpatutan kerana setiap salah satu daripada mereka diisi dengan wang yang tidak melebihi dua puluh ringgit setiap satu (repetition disini).setelah bercerita panjang lebar,baruku sedar bahawa aku sudah tersimpang jauh.apakah itu kegigihan ? adakah aku seorang yang gigih ? ramai yang mengetahui tentang sifat azaliku iaitu malas yang kritikal.perniagaan selalu kulebihkan berbanding pelajaran.kini aku sedar bahawa kedua duanya haruslah seiringan supaya aku bisa menjadi businesswoman yang educated suatu hari nanti inshaAllah.harapanku terhadap diri sendiri kali ini ialah untuk lebih bersikap positif,gigih berniaga dan semestinya gigih belajar demi masa depanku yang aku impikan.esok aku akan berangkat ke bank untuk membayar yuran pengajian universiti.ini adalah suatu permulaan yang disertakan dengan pelaburan yang mengaitkan ribuan ringgit ayah.maka zafirah hendaklah berusaha dengan lebih gigih hari demi hari mulai hari ini.