5 Cara Awal Untuk Wanita Berubah


Di sini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan beberapa cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat. Saya juga masih dalam proses pembelajaran. Tak salah kan nak berkongsi sama2? Semoga kita istiqomah ya! :)
1.Tukar gambar DP. 
Ganti gambar DP yang tak tutup aurat ke gambar kucing, awan / x menggoda.
2. Delete segala gambar yang menggoda.
3. Pakai tudung, handsock(sarung lengan), stokin, ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan. Kita sedang mahu menuju ke Syurga. Sedang.
4.Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah. Di you tube pun boleh. Join usrah dan lain lain.
5.Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang last ni? TAHNIAH!
Moga istiqamah selamanya.
Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi?
Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah "wanita solehah".
Kita yang perlu mencari. HIDAYAH tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.
"Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik." Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat.
PERGELANGAN TANGAN itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.
KAKI pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar. .
TUDUNG tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya anda labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.
Baju/kain/seluar tu. Saya tau anda masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Saya pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda. Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz/ustazah, pelajar sekolah, universiti atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
Maaf. Kalau terasa. Mak selalu pesan. Tak best kalau masuk syurga sorang sorang. KERANA RASA SAYANG AKAN SAHABAT, Saya kongsikan nasihat ini.

Kredit : Pakar Diari Hati

Related Posts:

  • 11 TIPS Isteri Solehah Buat Suami Akan Selalu Mencintainya 1. Isteri kena bangun awal daripada suami. 2. Siapkan minuman pagi feveret suami. 3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, kalau isteri pergi kerja dahulu jangan lupa salam suami dan bagita… Read More
  • 14 Perkara Untuk Menjadi Wanita Solehah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda… Read More
  • aku mencintaimu kerana Allah. Adakah kita? picture as illustration purpose only Pepatah arab ada menyebut semua orang mengaku kekasih Laila tetapi Laila sendiri tidak mengakuinya. Ramai orang kerap kali terjatuh dalam perangkap cinta dan terpal… Read More
  • miracle. its not about the magical thing that when u wish its going to happen that when u stare its going to move that when u silent its going to sound its just the miracle that we always been taught as science cant u see the birth o… Read More
  • 5 Cara Awal Untuk Wanita Berubah Di sini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan beberapa cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat. Saya juga masih dalam proses pembelajaran. Tak salah kan nak berkongsi sama2? Semoga kita istiqomah ya! … Read More

0 comments:

Post a Comment