Cabaran Nikah Muda



Awak berniat nak nikah muda ya? Sebab tue awak google tajuk saya nie?
Haha biasalah lanih nak cepat, google ja semua benda :P
Nak cari jawapan assignment/tutorial pun siap tulis soalan sebijik2 lagi kan
Tambah2 soalan mechanic dari hibbeler tue
Buku favorite lecturer
Rasanya memang semua jawapan ada kat internet :P
Okay dah la pasal engineering nih. Tak larat dah mengadap.

Nak nikah muda sebab apa?
Berangan nak hidup macam dalam fairy tale ka?
Erm fikir semula tujuan.
Nak cegah maksiat?
Ya alhamdulillah.
Tapi mampu ka?

1. Jangan harap kehidupan selepas nikah macam dalam fairy tale

Yang nie..yang last sekali tue
"..and they live happily ever after."
saya setuju sangat! insyaAllah semoga kita semua dipanjangkan jodoh dengan yang tersayang hingga ke syurga.
Tapi
Beringatlah starting kita semua bukan kawen dengan prince charming ( anak raja uols )
Saya? alhamdulillah dua2 dari keluarga yang sederhana
miskin tak, kaya insyaAllah akan datang ( nak kata belum lagi, nanti tak jadi pulak. doakan yang baik2 ya )
Saya nak berangan hidup macam Dena Bahrin atau Irine Nadia tak dapatla
Depa jauh lebih bertuah :)
Jadi segala yang saya teringin, masuk wishlist ja dulu
Lanih waktu kami cari rezeki
Nanti waktu saya belanja sorang2 :P
Jadi permulaan hidup kami, segalanya sederhana
Kadang2 ada duit, kadang2 takdak langsung
Tapi alhamdulillah Allah turunkan rezeki di saat kami betul2 perlu
Susah senang kami, cuma Allah yang tahu :')

2. Ujian bertambah berat bila salah sorang atau dua2 tengah study

Hmmm..maroh maroh! gaduh! gaduh!
dah tue?
Confirm xse study!
Bila gaduh, memang takleh nak pikiaq benda laen selain tajuk dan isi pergaduhan tue
Kena pulak gaduh masa nak test
Hahahah..goodluck yea test
Anak
Saya tak nafikan..anak rezeki Allah
Tapi macam mana nak urus anak kalau yang isteri masih belajar?
Jujur saya mengaku..saya teringin sangat nak ada baby T_T
Ada kawan yang dah ada baby
Ada kawan yang dah nak bersalin Nabilah Husna yang cantik
Tapi nanti sapa nak jaga?
Sapa nak bagi masa?
Saya respect orang yang pregnant/ada baby masa belajar
Memang supergirls supermommy
Tapi saya rasa saya tak mampu
Dan cuma suami yang bekerja, dengan kehidupan sekarang yang mencabar ( wowww mencabar. mencabar maksud dia termasuk semua barang naik harga :P )
Memang tak cukup gaji seorang
Lainlah kalau yang berjawatan tinggi
Anda memang bertuah
Tak perlu lagi fikir macam mana nak study dengan anak
Boleh hantar nursery
Maksud saya kalau isteri ada kelas, suami p kerja la
Kalau nak study waktu malam tapi takmau anak kacau,takkan nak hantar nursery jugak kan? hihihih

3. Ibu bapa susah nak lepaskan kita keluar dari rumah depa

Ada yang takut rindu, ada yang tak percaya dengan kemampuan anak depa
Erm banyak jugak sebab dia
Mungkin depa takmau kita susah kalau bina kehidupan sendiri
Kena sewa rumah, bayar bil elektrik & air, minyak & tol ( amboi tol pun naik regeee )
Tapi percayalah, anak2 akan menjadi lebih bertanggungjawab bila dah nikah nie
Dah takdak masa nak curang
Dah takdak masa nak lepak
Setiap masa pikiaq macam mana nak majukan kehidupan
Kalau anak2 nak berdikari, saya rasa patut diberikan peluang
Sama ada kehidupan anak2 akan bertambah baik atau bertambah buruk, itu ketentuan Allah
Beriman dengan Qada dan Qadar
Andai kata kehidupan menjadi lebih baik, alhamdulillah
Andai kata kehidupan menjadi lebih buruk, rezeki milik Allah
Usaha lagi dan berdoalah pada Allah
InsyaAllah akan dipermudahkanNya
Lebih baik mencuba dari tak cuba langsung

Kalau kat depan ada lubang, galilah lagi
Mana tau boleh jumpa emas ke perak ke kaolin ke marble ka petroleum ka
Kalau tak gali langsung, semua benda tak berubah langsung
:)

Related Posts:

  • 14 Perkara Untuk Menjadi Wanita Solehah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda… Read More
  • wishes for for weddinggg .! its already 421am now and i am just finish surveying on western wedding.am i going to marry ? oh definitely .! one day :D well this wedding style attract me very much.i am not to say much on it but it is totally an amazing t… Read More
  • 11 TIPS Isteri Solehah Buat Suami Akan Selalu Mencintainya 1. Isteri kena bangun awal daripada suami. 2. Siapkan minuman pagi feveret suami. 3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, kalau isteri pergi kerja dahulu jangan lupa salam suami dan bagita… Read More
  • Kawen. assalamualaikum.entah apa angin aku haritue tiba aku rasa nak kawen sangat.aku jenis yang terketar2 buat apapun.macam tadi.teringat nak buat label sendirik,terus terketar2 ajak mama ayah pg as semata2 nak tempah benda tuh.ta… Read More
  • Cabaran Nikah Muda Awak berniat nak nikah muda ya? Sebab tue awak google tajuk saya nie? Haha biasalah lanih nak cepat, google ja semua benda :P Nak cari jawapan assignment/tutorial pun siap tulis soalan sebijik2 lagi kan Tambah2 soalan mec… Read More

0 comments:

Post a Comment